Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
78. Tindakan berhubung dengan akaun tahunan
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, dalam masa empat belas hari ***dari pembentangan akaunnya pada mesyuarat agung tahunannya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan
Bank—
menyiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa
Inggeris; dan
mempamerkan di tempat yang ketara di setiap cawangannya di Malaysia,
*CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(a)(i) Perintah
Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]
yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.
**CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(a)(ii) Perintah
Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]
yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.
***CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(b)(i) Perintah
Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]
yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.
104
Undang-Undang Malaysia satu salinan bagi setiap laporan lembaga pengarahnya, akaun hasilnya, akaun untung ruginya dan kunci kira-kiranya *sebagaimana yang dibentangkan di hadapan mesyuarat agungnya dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(Dipotong oleh Akta A1502).