Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
65. Sekatan ke atas firma audit
Feedback & support(1)
Sesuatu firma tidak boleh dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik, dan tidak boleh dengan disedarinya bertindak, sebagai juruaudit bagi sesuatu institusi yang ditetapkan melainkan jika—
(a)
kesemua pekongsi firma itu yang bermastautin di Malaysia merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan; dan
(b)
tertakluk pada subseksyen 64(3), tiada pekongsi hilang kelayakan di bawah perenggan 64(1)(b) hingga (e), untuk bertindak sebagai juruaudit institusi yang ditetapkan itu.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1502).