Seksyen 10
Tatacara Lembaga
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Lembaga boleh membuat perintah tetap mengawal selia tatacaranya sendiri pada amnya dan khususnya berkenaan dengan mengadakan mesyuarat, notis yang akan diberi mengenai mesyuarat itu, urusan yang akan dijalankan dalam mesyuarat itu, menyimpan, mengemukakan dan memeriksa minit mesyuarat itu dan membuka, menyimpan, menutup dan mengaudit akaun.
Undang-Undang Malaysia 12
(2)
Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam suku tahun yang pertama dan ketiga tiap-tiap tahun bagi maksud menimbangkan, selain daripada apa-apa urusan lain yang mengenainya notis hendaklah diberi dengan sewajarnya, suatu laporan berkenaan dengan kerja Lembaga dalam masa separuh tahun yang berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember dan tiga puluh haribulan Jun, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum sahaja suku tahun itu.