Seksyen 7A
Kuasa Lembaga memindahkan atau melupuskan aktiviti atau tugas
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
ActIn forceProvision 10 of 41
Seksyen 7A
(1)
Lembaga boleh, berhubungan dengan penjalanan tujuannya di bawah perenggan 5(1)(iii), memindahkan atau melupuskan apa-apa aktiviti atau tugasnya kepada mana-mana orang atau badan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakannya.
(2)
Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawalselia aktiviti orang atau badan itu dan menetapkan kadar dan caj yang boleh ditetapkan oleh orang atau badan itu berkenaan dengan aktiviti atau tugas orang atau badan itu di bawah subseksyen (1).