Dewan Bahasa dan Pustaka Act 1959 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lembaga
9. Kuorum
Feedback & support(1)
Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Lembaga ialah lima orang anggota selain daripada Pengerusi.
(2)
Jika sekiranya undi atas apa-apa soal didapati sama banyak,
Pengerusi berhak memberi suatu undi pemutus selain daripada undi asalnya.
(3)
Lembaga boleh mengundang sesiapa jua, sama ada seorang atau lebih daripada seorang, menghadiri mana-mana satu mesyuarat
Lembaga bagi maksud membantu atau menasihatkan Lembaga, tetapi orang-orang yang diundang itu tidak berhak mengundi.