Seksyen 15
Pelupusan aset modal
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
ActIn forceProvision 20 of 41
Seksyen 15
Kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen 14 untuk memberikan arahan kepada Lembaga hendaklah termasuk memberi arahan—
(a)
mengenai pelupusan aset modal; atau
(b)
mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu walapun arahan itu berkenaan dengan perkara tertentu:
Dengan syarat bahawa selagi apa-apa wang yang dipinjam oleh
Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan, arahan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan persetujuan Menteri
Kewangan.