Skip to content

Seksyen 6B

Perwakilan

of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

ActIn forceProvision 8 of 41
Seksyen 6B
(1)

Lembaga boleh, dengan suatu surat cara secara bertulis yang mengandungi meterai biasanya dan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang ditetapkan di dalamnya, mewakilkan mana-mana tugas atau kuasanya yang dipertanggungjawabkan atau diberikan kepadanya, kecuali kuasa di bawah seksyen 18A, 18B, 19 dan 27, kepada—

(a)

Ketua Pengarah; atau

(b)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(2)

Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (1)—

(a)

boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa oleh

Lembaga; dan

(b)

tidaklah boleh menghalang Lembaga daripada melaksanakan tugasnya atau menjalankan kuasanya yang diwakilkan itu jika ternyata suai manfaat untuk berbuat demikian.

Kuasa am Lembaga untuk membuat kontrak, dsb.