Skip to content

Seksyen 5

Tujuan

of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

ActIn forceProvision 5 of 41
Seksyen 5
(1)

Tujuan Lembaga ialah—

(i)

untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;

(ii)

untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

(iii)

untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa lain;

(iv)

untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

(v)

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;

(vi)

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(v) dan (vi), “untuk menggalakkan”

termasuklah memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan.