Dewan Bahasa dan Pustaka Act 1959 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lembaga
7. Section 7
Feedback & supportLembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa perkara dan untuk membuat kontrak atau apa-apa transaksi perniagaan (sama ada atau tidak melibatkan perbelanjaan, perolehan, penggunaan dan pelupusan apa-apa harta alih, tak alih, ketara atau tak ketara) yang pada pendapatnya dikira akan memudahkan pelaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya dengan berkesan:
Dengan syarat bahawa kuasa ini tidaklah termasuk kuasa untuk meminjam selain daripada yang diperuntukkan dalam subseksyen 19(2).
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—
untuk menjalankan apa-apa aktiviti perdagangan, perindustrian, penyelidikan atau latihan atau apa-apa aktiviti lain yang penjalanannya ternyata kepadanya diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan perlaksanaan tugasnya atau penjalanan kuasanya;
Undang-Undang Malaysia 10
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi perkhidmatan yang diminta dijalankan, diberikan atau dilaksanakan oleh Lembaga;
untuk menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang dijalankan, diberikan atau dilaksanakan olehnya apa-apa komisen atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui;
dan
untuk melaksanakan semua tugas dan menjalankan semua kuasa yang, adalah atau mungkin, atau boleh menjadi, diletakhakkan pada atau diwakilkan kepada Lembaga di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Bagi maksud seksyen ini—
“perolehan”, berhubungan dengan harta, termasuklah pembelian, pengambilan pajakan dan penyewagunaan harta itu; dan
“pelupusan”, berhubungan dengan harta, termasuklah pemindahhakan, penjualan, penyerahhakan, penyerahan dan pemulangan, penggadaian, penggadaijanjian, pendemisan, penyewaan dan penyewaan kecil, penyerahhakan semula dan pemindahmilikan harta itu.