Seksyen 11
Pelantikan dan tatacara jawatankuasa
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Lembaga boleh melantik satu atau lebih jawatankuasa yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam melaksanakan tugasnya dan menjalankan kuasanya tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan apa-apa tugas atau kuasanya di bawah Akta ini.
(2)
Tertakluk kepada Akta ini, dan kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(3)
Sesuatu jawatankuasa boleh, selepas berunding dengan
Lembaga, mengundang seorang atau lebih untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tertentu jawatankuasa itu bagi maksud membantu atau menasihati jawatankuasa itu, tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak untuk mengundi.
(4)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menepati apa-apa arahan yang diberikan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Lembaga dan Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah pertubuhan jawatankuasa yang dilantik sedemikian.