Seksyen 8
Meterai perbadanan
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi sesuatu reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Dewan Bahasa dan Pustaka 11
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga di bawah seksyen ini, suatu cap mengandungi perkataan-perkataan “Lembaga
Pengelola: Dewan Bahasa dan Pustaka” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Lembaga hendaklah dimeteraikan dengan meterai Lembaga di hadapan Pengerusi atau Naib Pengerusi dan di hadapan seorang anggota atau seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu, yang mana hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang telah dimeteraikan itu dan tandatangan itu menjadi keterangan yang memadai bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sewajarnya dan bahawa meterai itu ialah, atau digunakan sebagai, meterai Lembaga yang sah.
(4)
Meterai Lembaga itu hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.