Seksyen 14
Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga
of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959
Menteri boleh memberi kepada Lembaga arahan secara am yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini mengenai penjalanan dan pelaksanaan tugas dan fungsi Lembaga berhubung dengan hal-hal yang pada pendapatnya menyentuh kepentingan
Malaysia dan Lembaga hendaklah menguatkuasakan semua arahan itu.
(2)
Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan lain-lain maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti
Lembaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(3)
Menteri boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa melantik suatu jawatankuasa siasat untuk menyiasat hal ehwal
Lembaga dan jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan laporannya kepada Menteri.
Undang-Undang Malaysia 16