Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan

18. Penubuhan dan keahlian Panel Pelaburan

Feedback & support
(1)

Suatu Panel Pelaburan yang bertanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan pelaburan Kumpulan Wang dan yang hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut ditubuhkan:

(a)

Pengerusi, atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh

Menteri, yang hendaklah menjadi Pengerusi Panel

Pelaburan;

(b)

Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan wakil daripada Kementerian Kewangan;

(c)

(Dipotong oleh Akta A1611);

(d)

ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex officio; dan

(e)

empat orang lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2)

Panel Pelaburan hendaklah tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri, dari semasa ke semasa.

(3)

Ahli Panel Pelaburan tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 25

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang

Bahagian IV

Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules