Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan
23A. Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Shariah
Feedback & support(1)
Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa
Penasihat Shariah yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Shariah bagi maksud menasihati Lembaga dan
Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli Kumpulan
Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen.
(2)
Jawatankuasa Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.