Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan
6. Tempoh jawatan
Feedback & support(1)
Tertakluk pada subseksyen 7(2), seksyen 8 dan 22, seseorang ahli Lembaga, selain ketua pegawai eksekutif, hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
(2)
Seseorang ahli Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1)
adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada ahli boleh memegang jawatan bagi tempoh keseluruhan melebihi dua belas tahun.