Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan
7. Peletakan jawatan dan pembatalan
Feedback & support(1)
Seseorang ahli Lembaga, termasuk Timbalan Pengerusi, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi, dan dalam hal Pengerusi, melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 21
(2)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan seseorang ahli Lembaga jika difikirkannya suai manfaat untuk berbuat demikian tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya.