Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan
22. Ketidaklayakan daripada keahlian Lembaga dan Panel Pelaburan
Feedback & supportOrang yang berikut tidak layak dilantik sebagai ahli Lembaga atau Panel Pelaburan atau jika dia adalah seorang ahli Lembaga atau
Panel Pelaburan dia hendaklah terhenti daripada menjadi ahli:
(a)
seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak upaya melaksanakan tugasnya;
(b)
seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun;
(c)
seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran, atau keburukan akhlak; atau
(d)
seseorang bankrap.