Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan
23. Pendedahan kepentingan
Feedback & supportTiap-tiap ahli Lembaga atau Panel Pelaburan, yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung melalui dirinya sendiri, suami-isteri atau anak-anaknya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, Panel
Pelaburan atau mana-mana jawatankuasa yang baginya dia adalah seorang ahli, hendaklah mendedahkan kepada Lembaga, Panel
Pelaburan atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan, fakta mengenai kepentingannya dan jenis kepentingannya dengan seberapa segera yang praktik selepas fakta berkaitan itu telah sampai kepada pengetahuannya.
Mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa yang gagal mendedahkan kepentingannya sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 27
Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, dan selepas apa-apa perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), ahli
Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah—
tidak mengambil bahagian dan juga tidak hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga,
Panel Pelaburan atau jawatankuasa yang berhubungan dengan perkara tersebut; dan
tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa untuk pertimbangtelitian atau keputusan tersebut.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.