Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian II · Lembaga dan Panel Pelaburan

4. Keahlian Lembaga

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah terdiri daripada—

(a)

Pengerusi;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 19

(b)

Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang disebut dalam subperenggan (d)(i);

(c)

ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex officio; dan

(d)

tidak lebih daripada dua puluh orang ahli lain yang mana—

(i)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri;

(ii)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan majikan yang mencarum kepada Kumpulan Wang dan yang bukannya orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau

Kerajaan sesuatu Negeri atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;

(iii)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan pekerja yang mencarum kepada Kumpulan Wang; dan

(iv)

tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan.

(2)

Jika Pengerusi itu bukanlah seorang wakil dari Kementerian

Kewangan, Menteri hendaklah melantik seorang wakil dari

Kementerian Kewangan untuk menjadi seorang ahli Lembaga di bawah subperenggan (1)(d)(i) yang hendaklah juga dilantik menjadi

Timbalan Pengerusi.

(3)

Ahli Lembaga, selain ketua pegawai eksekutif, hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk pada seksyen 6 dan 7 hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(4)

Ahli Lembaga tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Report

Bahagian III

Kumpulan Wang

Bahagian IV

Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules