Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IX · Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan
68. Kuasa untuk memeriksa latihan
Feedback & supportPegawai Perkhidmatan Pekerjaan boleh memeriksa mana-mana latihan yang diberikan oleh pemberi latihan termasuklah yang berikut:
mana-mana premis dan kemudahan yang digunakan bagi latihan itu sama ada mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
mana-mana program latihan dan tempoh latihan sama ada dijalankan sebagaimana yang dipersetujui oleh
Pertubuhan;
apa-apa dokumen dan rekod yang berhubungan dengan kehadiran orang berinsurans; dan
apa-apa dokumen dan rekod yang berhubungan dengan tuntutan bagi fi latihan yang dikemukakan oleh pemberi latihan kepada Pertubuhan.