Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IX · Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan
74. Perintah mahkamah berkenaan dengan caruman atau faedah yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan
Feedback & supportMana-mana orang yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen 72 atau 73 dan menyebabkan apa-apa caruman tidak dibayar kepada Pertubuhan atau menyebabkan apa-apa faedah di bawah Akta ini diterima dengan tidak sepatutnya, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman atau faedah itu, bersama dengan apa-apa bunga yang dikreditkan atas amaun itu, yang genap masa dan kena dibayar kepada
Pertubuhan.
Amaun apa-apa caruman atau faedah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diperakukan oleh pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah sebagai kena dibayar daripada orang itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu dan perakuan pegawai diberi kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai amaun yang genap masa dan kena dibayar itu.
Apa-apa caruman atau faedah yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh didapatkan balik mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayu seolah-olah ia ialah, suatu perintah bagi bayaran
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 800
pampasan di bawah seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah, kecuali jika mahkamah mengarahkan supaya bayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran dalam masa enam bulan.