Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian IX · Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan
70. Kuasa untuk menghendaki maklumat dan menjalankan pemeriksaan
Feedback & supportBagi maksud memperoleh maklumat mengenai sama ada mana-mana orang telah membuat bayaran caruman atau apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai
Sistem Insurans Pekerjaan 59
apa-apa maklumat atau dokumen, atau berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan, yang berkaitan dengan bayaran caruman atau tuntutan bagi faedah di bawah Akta ini—
untuk memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam notis itu; atau
untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah dan untuk mengemukakan bagi pemeriksaan apa-apa buku, akaun, rekod dan dokumen lain termasuk rekod elektronik yang difikirkan perlu oleh
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.
Jika ternyata kepada mana-mana Majistret atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan terdapat apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang pengemukaannya telah dikehendaki di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dikemukakan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai
Pertubuhan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, dengan atau tanpa bantuan, memasuki tempat atau bangunan itu, dengan kekerasan jika perlu, dan memeriksa tempat atau bangunan itu, menyita, mengambil milikan dan menahan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain itu termasuk rekod elektronik.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 800