Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian IX · Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

71. Menghalang, dsb., Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua

Pengarah, atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah atau

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan semasa menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(b)

dengan apa-apa cara mengamang, menggalang atau menghalang Ketua Pengarah, atau mana-mana Timbalan

Ketua Pengarah atau Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan semasa menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report