Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian IX · Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

69. Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan

Feedback & support
(1)

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa-apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah menjadi tambahan kepada kuasa yang diberikan oleh Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.

(2)

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan boleh memeriksa mana-mana orang jika Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mempunyai maklumat atau dokumen yang berkaitan yang berhubungan dengan apa-apa perusahaan.

Report