Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian X
85. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
semua perkara yang berhubungan dengan caruman dan faedah termasuk cara bagaimana caruman atau faedah hendaklah dikira, dan tatacara untuk membuat tuntutan bagi faedah;
tatacara bagi penentuan kehilangan pekerjaan dan syarat kelayakan caruman;
syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi oleh orang berinsurans yang menerima apa-apa faedah;
semua perkara yang berhubungan dengan latihan orang berinsurans;
Sistem Insurans Pekerjaan 67
semua perkara yang berhubungan dengan pemberi latihan termasuk kewajipan pemberi latihan, tatacara untuk membuat tuntutan bagi fi latihan dan dokumen yang hendaklah diberikan atau disenggarakan oleh pemberi latihan;
tatacara bagi apa-apa prosiding di hadapan Jemaah
Rayuan;
semua perkara yang berhubungan dengan program penempatan pekerjaan semula;
tatacara bagi pendaftaran perusahaan dan pekerja;
apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.