Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian X

87. Syor untuk mengkaji semula Sistem

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, apabila terdapat perubahan subtansial dalam aras umum pendapatan akibat daripada perubahan subtansial dalam kos sara hidup, memeriksa keadaan itu berasaskan penilaian aktuari yang dibuat dan membuat syor kepada Menteri untuk mengkaji semula

Sistem di bawah Akta ini.

(2)

Syor Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

hendaklah disertakan dengan laporan aktuari;

(b)

hendaklah mengambil kira dasar sosial Kerajaan; dan

(c)

boleh termasuk—

(i)

cadangan bagi kadar caruman yang baharu;

(ii)

cadangan bagi perubahan dalam kadar elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan dan elaun latihan dan amaun fi latihan; dan

(iii)

cadangan bagi jenis faedah yang baharu.

Report