Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian X
90. Pengemukaan dokumen secara elektronik
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk dikemukakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik.
Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) dikemukakan atau diberikan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
Penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dikemukakan atau diberikan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh pengakuterimaan penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain itu dihantar secara elektronik oleh
Pertubuhan kepada orang itu.
Pengakuterimaan oleh Pertubuhan, penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikemukakan atau diberikan menurut subseksyen (3) boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.
71