Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian X
88. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb
Feedback & supportJika majikan yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah
Sistem Insurans Pekerjaan 69
seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau
dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan bagi pertubuhan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu.
Jika pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan didapati telah melakukan kesalahan itu, pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu, pekongsi dalam perkongsian itu atau pemegang jawatan bagi pertubuhan itu yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.