Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian X

86. Pelupusan dokumen selepas lebih daripada tiga tahun

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh membenarkan apa-apa dokumen berasaskan kertas kepunyaan Pertubuhan untuk disalinkan dalam perantaraan elektronik dengan apa-apa cara bagi memastikan bahawa imej tepat dokumen itu dapat dilihat, dihasilkan semula dan disalinkan.

(2)

Jika dokumen berasaskan kertas telah disalinkan mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan dokumen berasaskan kertas itu selepas habisnya tempoh tiga tahun dari pembuatan salinan elektronik itu.

(3)

Salinan dokumen berasaskan kertas yang disimpan dalam suatu perantaraan elektronik mengikut subseksyen (1) boleh diterima

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya mengikut seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Report