Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IV · Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan
12. Pengubahan, pemalsuan, dsb., label intensiti tenaga
Feedback & supportTiada seorang pun boleh—
mengubah, memalsukan, mencacatkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa label intensiti tenaga;
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 19
menggunakan apa-apa label intensiti tenaga yang dalam pengetahuannya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan, dirosakkan, dimusnahkan atau habis tempoh bagi apa-apa jua maksud; atau
mempamerkan apa-apa label intensiti tenaga yang dalam pengetahuannya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan, dirosakkan atau habis tempoh.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.