Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IV · Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan

14. Laporan audit tenaga berkenaan dengan bangunan

Feedback & support
(1)

Juruaudit tenaga berdaftar yang dilantik oleh orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai di bawah subseksyen 13(6) hendaklah menyediakan suatu laporan audit tenaga berdasarkan audit tenaga yang dijalankan di bawah subseksyen 13(7) mengikut garis panduan.

(2)

Orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang berkenaan dengan bangunan itu laporan audit tenaga telah disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan audit tenaga itu bersama-sama dengan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang disediakan di bawah seksyen 15 kepada Suruhanjaya dalam masa satu tahun dari tarikh notis bertulis ketidakpatuhan dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen 13(4).

(3)

Apabila menerima laporan audit tenaga daripada orang yang bertanggungjawab bagi bangunan di bawah subseksyen (2),

Suruhanjaya boleh meminta orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan laporan audit tenaga sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya dan jika orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu tidak memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan itu, laporan audit tenaga itu boleh ditolak oleh Suruhanjaya.

(4)

Apabila meneliti laporan audit tenaga dan jika—

(a)

Suruhanjaya mendapati bahawa laporan audit tenaga itu tidak disediakan mengikut garis panduan; atau

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 21

(b)

pada pendapat Suruhanjaya, kandungan laporan audit tenaga itu tidak memadai,

Suruhanjaya boleh mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk membetulkan laporan audit tenaga itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(5)

Jika Suruhanjaya mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk membetulkan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (4) dan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu tidak membetulkan laporan audit tenaga itu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya hendaklah selanjutnya mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk mengemukakan laporan audit tenaga yang baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(6)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan penyediaan laporan audit tenaga yang baharu di bawah subseksyen (5).

(7)

Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak mengemukakan laporan audit tenaga di bawah subseksyen (2)

atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga

Bahagian VI

Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules