Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian IV · Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan

13. Prestasi intensiti tenaga

Feedback & support
(1)

Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah memastikan bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu mematuhi penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Dalam memastikan bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu mematuhi penarafan kecekapan tenaga sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah mematuhi apa-apa cara bagi maksud itu sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Dalam menentukan sama ada prestasi intensiti tenaga bangunan itu mematuhi penarafan kecekapan tenaga, Suruhanjaya hendaklah menggunakan apa-apa maklumat atau keterangan yang tersedia pada Suruhanjaya dan mematuhi garis panduan.

(4)

Jika Suruhanjaya mendapati bahawa prestasi intensiti tenaga bangunan itu tidak mematuhi penarafan kecekapan tenaga, Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis ketidakpatuhan kepada orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu.

(5)

Apabila menerima notis bertulis ketidakpatuhan di bawah subseksyen (4), orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah menyebabkan dijalankan suatu audit tenaga untuk menambah baik prestasi intensiti tenaga bangunan itu bagi mematuhi penarafan kecekapan tenaga.

Undang-Undang Malaysia 20

(6)

Orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah melantik seorang juruaudit tenaga berdaftar untuk menjalankan audit tenaga di bawah subseksyen (5).

(7)

Audit tenaga itu hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh juruaudit tenaga berdaftar.

(8)

Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang melanggar subseksyen (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga

Bahagian VI

Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules