Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IV · Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan
11. Mempamerkan label intensiti tenaga
Feedback & support(1)
Seseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah pada setiap masa mempamerkan di suatu bahagian yang mudah dilihat di bangunan itu label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah seksyen 10
berkenaan dengan bangunan itu.
(2)
Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.