Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IV · Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan
15. Pelan penambahbaikan kecekapan tenaga
Feedback & supportSeseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang berkenaan dengan bangunan itu suatu laporan audit tenaga dikehendaki untuk disediakan dan dikemukakan di bawah seksyen 14
hendaklah menyediakan suatu pelan penambahbaikan kecekapan tenaga berdasarkan laporan audit tenaga itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah mengemukakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang disediakan di bawah subseksyen (1) kepada Suruhanjaya bagi kelulusan Suruhanjaya bersama-sama dengan laporan audit tenaga di bawah subseksyen 14(2).
Selepas menimbangkan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu, Suruhanjaya boleh meluluskan atau menolak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Jika Suruhanjaya meluluskan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu hendaklah melaksanakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang diluluskan itu berkenaan dengan bangunan itu.
Jika Suruhanjaya menolak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu, Suruhanjaya hendaklah mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu menyemak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Jika orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu tidak menyemak pelan penambahbaikan kecekapan tenaga itu sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (5),
Suruhanjaya hendaklah selanjutnya mengarahkan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan itu untuk mengemukakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang baharu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai berkenaan dengan penyediaan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang baharu di bawah subseksyen (6).
Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak melaksanakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga yang diluluskan di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak mengemukakan pelan penambahbaikan kecekapan tenaga di bawah subseksyen (2) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.