Seksyen 17B
Kuasa tambahan
Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada yang diberikan di bawah Akta ini, apabila membawa dan menjaga mana-mana orang dalam tahanan, seseorang pegawai kastam yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah
Akta Penjara 1995 [Akta 537].
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan kastam, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai
Daerah Polis di bawah jagaannya; dan
(b)
seseorang pegawai kastam yang hak hendaklah mempunyai
Zon Bebas 21
segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.