Seksyen 18
Orang yang terikat untuk memberi maklumat
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai kastam untuk memberi maklumat atau mengemukakan dokumen mengenai apa-apa perkara yang menjadi kewajipan pegawai itu untuk menyiasat dan adalah dalam kuasa orang itu untuk memberi atau mengemukakannya adalah terikat untuk memberi maklumat itu atau mengemukakan dokumen itu.
(2)
Apabila apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan di bawah subseksyen (1) dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat atau dokumen itu atau mana-mana bahagian maklumat atau dokumen itu telah dikemukakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau telah disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh orang yang memberikan maklumat atau mengemukakan dokumen itu.