Seksyen 41A
Mendapatkan duti atau cukai sebagai suatu hutang sivil
Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang terhutang kepada Kerajaan
Malaysia, atau jika duti kastam itu duti daripada suatu kategori yang ditetapkan kepada Negeri oleh Perkara 112C Perlembagaan
Persekutuan, kepada Kerajaan Negeri.
(2)
Dalam apa-apa prosiding untuk mendapatkan apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah—
(a)
yang menyatakan bahawa apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar, dalam apa-apa taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan 42
Undang-Undang Malaysia
(b)
yang menyatakan alamat orang itu dan berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi apa-apa remedi lain, apa-apa cukai, duti atau pembayaran sebagai kena dibayar dalam apa-apa taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi untuk mahkamah memberikan penghakiman bagi amaun itu.