Seksyen 65
Ejen
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Jika barang atau perkhidmatan dibekalkan oleh seseorang ejen yang bertindak bagi pihak seseorang prinsipal, pembekalan itu hendaklah disifatkan dibuat oleh prinsipal dan bukan oleh ejen itu.
(2)
Jika barang atau perkhidmatan dibekalkan kepada seseorang ejen yang bertindak bagi pihak seseorang prinsipal, pembekalan itu hendaklah disifatkan dibuat kepada prinsipal dan bukan kepada ejen itu.
(3)
Jika barang atau perkhidmatan dibekalkan melalui seseorang ejen yang bertindak atas namanya sendiri, pembekalan itu hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan kepada ejen itu dan sebagai suatu pembekalan oleh ejen itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), jika seseorang ejen bertindak atas namanya sendiri sebagai seorang pelelong dan barang itu bukan barang yang diperihalkan di bawah subperenggan 5(7)