Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian VIII · Kes khas
75. Pasaran modal
Feedback & supportSeseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah dikira sebagai suatu entiti tunggal bagi maksud pendaftaran di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran
Modal ialah orang kena cukai.
Pendaftaran entiti tunggal itu hendaklah atas nama pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan pemegang
Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal itu hendaklah menjadi ketua anggota bagi entiti tunggal itu.
Jika pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal telah didaftarkan sebagai suatu entiti tunggal—
pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal hendaklah menjadi anggota kepada entiti tunggal itu;
apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan dalam menjalankan suatu perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan antara anggota dengan ketua anggota bagi entiti tunggal itu hendaklah tidak diambil kira;
apa-apa perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan yang ditransaksikan oleh seorang anggota entiti tunggal itu hendaklah dikira sebagai pembekalan yang dibuat oleh ketua anggota itu;
apa-apa pembekalan barang dan perkhidmatan dalam menjalankan suatu perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan yang dibuat kepada anggota entiti tunggal itu hendaklah dikira sebagai pembekalan yang dibuat kepada ketua anggota itu;
ketua anggota entiti tunggal itu hendaklah menyenggara akaun yang berasingan bagi setiap anggota entiti tunggalnya;
Akta 762 Teks 1 BM.indd 99 6/19/14 5:54:36 PM
Undang-Undang Malaysia 100
ketua anggota entiti tunggal itu hendaklah bertanggungan ke atas apa-apa pembekalan bercukai yang dibuat oleh entiti tunggal itu dalam menjalankan perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan;
apa-apa cukai input yang dibenarkan kepada mana-mana anggota entiti tunggal itu dalam menjalankan perniagaan yang berurusan dalam sekuriti atau yang berurusan dengan terbitan hendaklah dituntut oleh ketua anggota itu bagi pihak anggota entiti tunggal itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
“Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007.