Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Kes khas

72. Skim Pengilang Tol Diluluskan

Feedback & support
(1)

Hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim

Pengilang Tol Diluluskan” yang membenarkan mana-mana orang kena cukai yang layak untuk tidak mengambil kira pembekalan perkhidmatan yang mengandungi perawatan atau pemprosesan barang bagi dan kepada seseorang yang tempatnya di suatu negara selain Malaysia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan (kemudian daripada ini disebut “pengilang tol”).

(2)

Mana-mana orang yang tempatnya di Malaysia dan menerima barang yang telah dirawat atau diproses daripada pengilang tol

(kemudian daripada ini disebut “penerima”) hendaklah mengakaun dan membayar cukai seolah-olah penerima itu sendiri telah membekalkan dan memperoleh barang itu di Malaysia dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya dan seolah-olah pembekalan itu ialah pembekalan bercukai.

(3)

Walau apa pun seksyen 11, pembekalan barang yang telah dirawat atau diproses itu hendaklah dianggap sebagai berlaku pada masa yang lebih awal daripada masa yang berikut:

(a)

apabila suatu pembayaran berkenaan dengan pembekalan itu dibuat; atau

(b)

apabila penerima menerima suatu invois yang berhubungan dengan pembekalan itu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 95 6/19/14 5:54:36 PM

Undang-Undang Malaysia 96

(4)

Jika penerima ialah seorang orang kena cukai, dia hendaklah memasukkan cukai yang genap masa dan kena dibayar dalam penyatanya.

(5)

Jika penerima ialah seorang orang selain seorang orang kena cukai, cukai hendaklah dikenakan atas pembekalan yang dibuat olehnya dan dia hendaklah bertanggungan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar atas pembekalan itu.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi seorang orang yang tempatnya bukan di Malaysia dan yang telah melantik seorang ejen untuk bertindak bagi pihaknya di bawah subseksyen 65(6).

(7)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang hendaklah dikira tempatnya di sesuatu negara jika—

(a)

dia mempunyai tempat tinggal biasanya di negara itu jika pembekalan itu dibuat kepadanya sebagai seorang individu dan diterima olehnya selain bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan olehnya; dan

(b)

dalam hal jika perenggan (a) tidak terpakai—

(i)

dia mempunyai suatu establismen perniagaan atau establismen tetap di negara itu dan tiada establismen sedemikian di tempat lain;

(ii)

dia tidak mempunyai establismen perniagaan atau establismen tetap di mana-mana negara tetapi tempat tinggal biasanya ialah di negara itu; atau

(iii)

dia mempunyai establismen perniagaan atau establismen tetap di kedua-dua negara itu dan di tempat lain dan establismennya yang paling berkaitan secara langsung dengan pembekalan itu ialah di negara itu.

(8)

Bagi maksud subseksyen (7), suatu establismen tetap dalam mana-mana negara termasuklah suatu cawangan atau agensi yang melaluinya seseorang menjalankan perniagaan dalam negara itu.

Report

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules