Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Kes khas

68. Section 68

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang kena cukai (kemudian daripada ini disebut “pemindah”) memindahkan perniagaannya kepada orang lain (kemudian daripada ini disebut “penerima pindahan”)

sebagai usaha berterusan—

(a)

bagi maksud untuk menentukan sama ada penerima pindahan adalah bertanggungan untuk berdaftar di bawah Akta ini, penerima pindahan hendaklah dikira sebagai telah menjalankan perniagaan itu sebelum dan juga selepas pemindahan itu dan apa-apa pembekalan oleh pemindah hendaklah dikira sebagai dibekalkan oleh penerima pindahan itu; dan

Akta 762 Teks 1 BM.indd 89 6/19/14 5:54:35 PM

Undang-Undang Malaysia 90

(b)

pemindah hendaklah memindahkan kepada penerima pindahan, melainkan jika dibenarkan selainnya secara bertulis oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan atas permintaan pemindah itu, semua rekod yang berhubungan dengan perniagaan itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 36 dan penerima pindahan itu hendaklah menyimpan rekod itu menurut seksyen 36.

(2)

Jika suatu perniagaan atau sebahagian daripadanya dijalankan oleh orang kena cukai dipindahkan sebagai usaha berterusan kepada seorang penerima pindahan, yang ialah atau akan menjadi orang yang kena cukai atau akan kena cukai disebabkan pindahan bersama aset perniagaan—

(a)

apa-apa hak pemindah kepada kredit bagi cukai input atau pembayaran balik cukai hendaklah menjadi hak penerima pindahan sama ada masih wujud atau tidak semasa tarikh pindahan dan apabila pemindah itu telah membuat suatu tuntutan kredit cukai input atau pembayaran balik cukai sebelum tarikh pindahan, ia hendaklah disifatkan sebagai telah dituntut oleh penerima pindahan; dan

(b)

apa-apa tanggungan oleh pemindah wujud pada tarikh pindahan untuk mengemukakan suatu penyata atau mengakaun atau membayar cukai di bawah seksyen 41 hendaklah menjadi tanggungan kepada penerima pindahan dan apa-apa penyata yang dikemukakan atau cukai diakaun atau dibayar oleh pemindah hendaklah dikira sebagai telah dibuat oleh penerima pindahan.

(3)

Jika suatu perniagaan dijalankan oleh pemindah, yang telah diluluskan bagi mengakaun cukai atas asas pembayaran, dipindahkan dalam hal keadaan jika subseksyen 20(4) terpakai, penerima pindahan itu hendaklah terus mengakaun dan membayar cukai atas pembekalan yang dibuat dan diterima olehnya pada atau selepas tarikh pemindahan seolah-olah dia ialah pemindah yang telah diberi kelulusan bagi mengakaun cukai atas asas pembayaran.

(4)

Pemindah dan penerima pindahan boleh menuntut apa-apa cukai input yang ditanggung yang bersampingan dengan pemindahan usaha berterusan itu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 90 6/19/14 5:54:35 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 91

Report

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules