Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian VIII · Kes khas
66. Pembekalan menjangkaui perubahan kadar atau perihalan
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 11, seksyen ini hendaklah terpakai jika terdapat suatu perubahan dalam—
kadar cukai yang ditetapkan di bawah seksyen 10;
perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah seksyen 17; atau
perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan dikecualikan di bawah seksyen 18.
Jika terdapat perubahan dalam kadar cukai yang ditetapkan di bawah seksyen 10, kadar yang cukai itu boleh dikenakan ke atas apa-apa pembekalan yang menjangkaui perubahan dalam kadar cukai hendaklah seperti yang berikut:
cukai hendaklah dikenakan pada kadar cukai lama atas amaun yang lebih tinggi yang berikut:
bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai itu; atau
nilai pembekalan barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai itu; dan
cukai hendaklah dikenakan pada kadar cukai baru atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam perenggan (a).
Akta 762 Teks 1 BM.indd 84 6/19/14 5:54:35 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 85
Jika terdapat perubahan dalam perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai pembekalan berkadar sifar di bawah seksyen 17, kadar yang cukai itu boleh dikenakan ke atas pembekalan yang menjangkau perubahan itu dalam perihalan hendaklah seperti yang berikut:
dalam hal pembekalan berkadar sifar yang ditukarkan kepada pembekalan berkadar standard dan menjangkau perubahan itu—
tiada cukai hendaklah dikenakan ke atas amaun yang lebih tinggi yang berikut:
bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau
nilai pembekalan berkadar sifar barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan
cukai hendaklah dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (a)(i);
dalam hal pembekalan berkadar standard yang ditukarkan kepada pembekalan berkadar sifar dan menjangkau perubahan—
cukai hendaklah dikenakan atas amaun yang lebih tinggi yang berikut:
bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau
nilai pembekalan berkadar standard barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan
Akta 762 Teks 1 BM.indd 85 6/19/14 5:54:35 PM
Undang-Undang Malaysia 86
tiada cukai hendaklah dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (b)(i).
Jika terdapat perubahan dalam perihalan pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai suatu pembekalan dikecualikan di bawah seksyen 18, kadar yang cukai itu boleh dikenakan atas pembekalan yang menjangkaui perubahan dalam perihalan itu hendaklah seperti yang berikut:
dalam hal suatu pembekalan dikecualikan yang ditukarkan kepada pembekalan bercukai dan menjangkau perubahan—
tiada cukai hendaklah dikenakan atas amaun yang lebih tinggi yang berikut:
bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau
nilai pembekalan dikecualikan barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan
cukai hendaklah dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (a)(i);
dalam hal pembekalan bercukai yang ditukarkan kepada pembekalan dikecualikan dan menjangkau perubahan—
cukai hendaklah dikenakan pada kadar cukai lama atas amaun yang lebih tinggi yang berikut:
bayaran penuh atau bayaran sebahagian yang diterima sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; atau
nilai pembekalan bercukai barang itu jika barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau sebahagiannya
Akta 762 Teks 1 BM.indd 86 6/19/14 5:54:35 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 87
atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam perihalan itu; dan
tiada cukai boleh dikenakan atas perbezaan, jika ada, antara amaun keseluruhan pembekalan dengan amaun yang disebut dalam subperenggan (b)(i).
Bagi maksud seksyen ini—
apa-apa pembekalan yang menjangkaui perubahan dalam kadar cukai atau perihalan yang merujuk kepada apa-apa pembekalan jika—
bayaran penuh diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya selepas tarikh itu;
bayaran penuh diterima selepas tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya sebelum tarikh itu;
bayaran penuh diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum dan selepas tarikh itu;
bayaran penuh diterima selepas tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum dan selepas tarikh itu;
barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima sebelum dan selepas tarikh itu;
Akta 762 Teks 1 BM.indd 87 6/19/14 5:54:35 PM
Undang-Undang Malaysia 88
barang itu dipindahkan atau tersedia secara keseluruhannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara keseluruhannya selepas tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima sebelum dan selepas tarikh itu;
bayaran sebahagian diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima selepas tarikh itu;
bayaran sebahagian diterima sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya selepas tarikh itu;
barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan bayaran sebahagian diterima selepas tarikh itu; atau
barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai atau perihalan dan barang itu dipindahkan atau tersedia secara sebahagiannya atau perkhidmatan itu dilaksanakan secara sebahagiannya selepas tarikh itu;
“kadar cukai baru” ertinya kadar cukai yang terpakai pada tarikh perubahan dalam kadar cukai itu berkuat kuasa;
“kadar cukai lama” ertinya kadar cukai yang terpakai sebaik sebelum tarikh perubahan dalam kadar cukai itu berkuat kuasa;
“pembekalan berkadar standard” ertinya apa-apa pembekalan yang boleh dikenakan kadar cukai yang ditetapkan di bawah seksyen 10.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 88 6/19/14 5:54:35 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 89