Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian VIII · Kes khas
69. Usaha sama
Feedback & supportJika dua orang berdaftar atau lebih menyertai suatu aktiviti yang berhubungan dengan petroleum di bawah suatu usaha, yang dibuktikan secara kontrak bertulis, bagi maksud membuat pembekalan bercukai (kemudian daripada ini disebut “pengusaha”), pengusaha itu boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk disifatkan sebagai suatu usaha sama.
Pengusaha itu hendaklah, dalam permohonan di bawah subseksyen (1), mencalonkan seorang daripada pengusaha itu untuk menjadi pengendali usaha atau melantik suatu syarikat pengendalian bersama untuk menjadi pengendali usaha.
Suatu syarikat pengendalian bersama yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai orang kena cukai bagi maksud usaha sama itu.
Jika suatu usaha sama di bawah subseksyen (1) telah diluluskan, usaha sama itu hendaklah didaftarkan sebagai orang berdaftar dan pendaftaran itu hendaklah atas nama pengendali usaha itu.
Jika suatu usaha sama telah didaftarkan di bawah subseksyen (4)—
pengendali usaha hendaklah menyenggara suatu akaun berasingan bagi usaha sama itu;
apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan bagi maksud untuk menjalankan perniagaan usaha sama antara seorang pengusaha dengan pengendali usaha tidaklah diambil kira;
jika—
setiap pengusaha yang memperoleh apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan bagi usaha sama itu, pengusaha itu hendaklah menuntut potongan cukai input atas perolehan yang dibuat olehnya berkenaan dengan usaha sama itu;
pengendali usaha yang memperoleh apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan bagi usaha sama itu, pengendali usaha itu hendaklah
Akta 762 Teks 1 BM.indd 91 6/19/14 5:54:35 PM
Undang-Undang Malaysia 92
menuntut potongan cukai input atas perolehan yang dibuat olehnya berkenaan dengan usaha sama itu;
setiap pengusaha hendaklah mengakaun dan membayar cukai atas pembekalan yang dibuat olehnya berkenaan dengan usaha sama itu.
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran suatu usaha sama di bawah subseksyen (4) jika difikirkannya patut bagi perlindungan hasil.
Semua pengusaha usaha sama itu hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai yang kena dibayar daripada pengendali usaha.
Jika Menteri menetapkan apa-apa aktiviti lain untuk disifatkan sebagai suatu usaha sama di bawah seksyen 177, seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi aktiviti yang ditetapkan itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“usaha” ertinya suatu perkiraan secara kontrak yang menurutnya dua pihak atau lebih mengusahakan suatu aktiviti ekonomi yang tertakluk kepada kawalan bersama tetapi tidak termasuk entiti yang dikawal secara bersama;
“aktiviti yang berhubungan dengan petroleum” ertinya suatu aktiviti huluan yang bermula dengan cari gali termasuk aktiviti seismos dan menggerudi dan berakhir apabila hasil (minyak mentah, gas asli atau kondensat)
diperuntukkan kepada pengusaha;
apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan petroleum yang dikhidmat luar kepada pihak ketiga hendaklah diambil sebagai suatu aktiviti yang dijalankan dan diuruskan oleh pihak ketiga itu dan bukan suatu aktiviti yang dijalankan dan diuruskan oleh usaha sama itu;
“pengusaha” ertinya suatu pihak kepada suatu usaha sama dan yang mempunyai kawalan bersama ke atas usaha sama itu;
“pengendali usaha” ertinya orang yang mengendalikan atau menguruskan usaha sama itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 92 6/19/14 5:54:35 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 93
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) berhubung dengan perenggan (d) melakukan suatu kesalahan.