Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian VIII · Kes khas
74. Skim Kadar Rata
Feedback & supportHendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim
Kadar Rata” yang membenarkan mana-mana orang yang layak dan menjalankan perniagaan yang melibatkan aktiviti yang ditetapkan
(kemudian daripada ini disebut “orang yang diluluskan”) untuk memasukkan suatu tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan bagi apa-apa pembekalan bercukai barang yang dibuat olehnya daripada aktiviti yang ditetapkan kepada mana-mana orang berdaftar dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya.
Seorang orang yang diluluskan tidak boleh—
mengakaun tambahan kadar rata yang ditetapkan itu;
dan
Akta 762 Teks 1 BM.indd 97 6/19/14 5:54:36 PM
Undang-Undang Malaysia 98
berhak kepada kredit cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38.
Seorang orang yang diluluskan hendaklah mengeluarkan suatu invois atas pembekalan bercukai barang yang dibuat olehnya daripada aktiviti yang ditetapkan kepada orang berdaftar dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya.
Seorang orang yang berdaftar hendaklah berhak kepada kredit cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38
atas apa-apa pembekalan bercukai barang yang diperoleh daripada orang yang diluluskan daripada aktiviti yang ditetapkan di bawah
Skim Kadar Rata yang bersamaan dengan tambahan kadar rata yang ditetapkan atas pembekalan itu.
Seorang orang yang diluluskan hendaklah tidak memasukkan tambahan kadar rata yang ditetapkan dalam balasan bagi apa-apa pembekalan barang yang dibuat olehnya—
daripada apa-apa aktiviti selain aktiviti yang ditetapkan;
atau
kepada mana-mana orang selain orang berdaftar.
Seorang orang yang diluluskan yang melanggar subseksyen (3) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
dikenakan suatu penalti daripada amaun tambahan kadar rata ditetapkan yang ditunjukkan sedemikian.
Mana-mana orang selain orang yang diluluskan mengeluarkan invois atau resit menunjukkan amaun sebagai tambahan kadar rata yang ditetapkan atau sebagai yang boleh dihubungkaitkan dengan tambahan kadar rata yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
dikenakan suatu penalti daripada amaun tambahan kadar rata ditetapkan yang ditunjukkan sedemikian.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 98 6/19/14 5:54:36 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 99