Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VIII · Kes khas

70. Skim Penggudangan

Feedback & support
(1)

Berhubung dengan barang yang telah diimport dan dideposit dalam gudang itu dan yang baginya cukai boleh dikenakan ke atas barang yang diimport itu, hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim Penggudangan” yang membenarkan pembekalan barang yang dibuat dalam gudang tidak diambil kira kecuali pembekalan barang terakhir sedemikian yang dipindahkan sebelum peringkat duti.

(2)

Pembekalan terakhir yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah dikira sebagai berlaku di peringkat duti dan nilai pembekalan itu hendaklah dikira sebagai termasuk duti, jika ada.

(3)

Cukai atas pembekalan terakhir yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah genap masa dan kena dibayar di peringkat duti, bersama dengan duti, jika ada, oleh orang yang dikehendaki untuk membayar duti atau, jika tiada duti yang genap masa dan kena dibayar, oleh orang yang memindahkan barang, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(4)

Tiada seorang pun boleh memindahkan daripada Skim

Penggudangan apa-apa barang yang tertakluk kepada cukai dan duti kecuali—

(a)

selepas pembayaran cukai bersama dengan duti, jika ada;

(b)

jika barang itu berada dalam gudang kastam atau gudang berlesen, di bawah apa-apa syarat yang difikirkan oleh

Ketua Pengarah patut untuk dikenakan, untuk disimpan dalam gudang kastam atau gudang berlesen yang lain;

atau

(c)

menurut apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh

Ketua Pengarah patut untuk dikenakan, untuk dieksport semula dari Malaysia, dan apa-apa barang tidak sekali-kali boleh dipindahkan dari suatu gudang.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 93 6/19/14 5:54:35 PM

Undang-Undang Malaysia 94

(5)

Apa-apa barang yang tidak tertakluk kepada apa-apa duti hendaklah ditafsirkan sebagai berada di bawah kawalan kastam jika barang itu tertakluk kepada Skim Penggudangan dan hendaklah ditafsirkan sebagai dipindahkan daripada kawalan kastam jika barang itu dipindahkan daripada Skim Penggudangan.

(6)

Sebutan mengenai barang yang tertakluk kepada

Skim Penggudangan dalam seksyen ini adalah sebutan mengenai barang yang disimpan dalam suatu gudang atau yang diangkut antara gudang tanpa pembayaran apa-apa cukai atau duti dan suatu sebutan mengenai pemindahan barang dari suatu gudang hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(7)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“gudang kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;

(b)

“duti” ertinya duti kastam atau duti eksais atau kedua-duanya;

(c)

“kedai bebas cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;

(d)

“peringkat duti” berhubung dengan apa-apa pembekalan barang, ertinya masa apabila barang itu dipindahkan daripada Skim Penggudangan;

(e)

“depot pelepasan pedalaman” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;

(f)

“gudang berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967; dan

(g)

“gudang” ertinya—

(i)

mana-mana gudang kastam;

(ii)

mana-mana gudang berlesen;

(iii)

mana-mana kedai bebas cukai;

(iv)

mana-mana depot pelepasan pedalaman.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 94 6/19/14 5:54:36 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 95

Report

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules