Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian VIII · Kes khas
73. Skim Tukang Emas Diluluskan
Feedback & supportHendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim
Tukang Emas Diluluskan” yang membenarkan mana-mana orang kena cukai (kemudian daripada ini disebut “tukang emas
Akta 762 Teks 1 BM.indd 96 6/19/14 5:54:36 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 97
diluluskan”) yang layak untuk mengakaun cukai atas pembekalan barang ditetapkan yang diterima olehnya dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya daripada orang kena cukai yang lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan (kemudian daripada ini disebut “pembekal”).
Walau apa pun seksyen 9, jika pembekal membuat apa-apa pembekalan barang yang ditetapkan kepada tukang emas diluluskan dan pembekalan barang yang ditetapkan itu ialah suatu pembekalan bercukai—
pembekal itu hendaklah mengenakan cukai dan tidak bertanggungan mengakaun cukai berkenaan dengan pembekalan itu; dan
tukang emas diluluskan tidak dikehendaki untuk membayar cukai yang dikenakan dalam perenggan (a) kepada pembekal tetapi hendaklah mengakaun cukai dalam penyatanya.
Walau apa pun seksyen 11, pembekalan barang yang ditetapkan itu hendaklah dikira sebagai telah dibuat pada masa yang lebih awal daripada masa yang berikut:
apabila suatu pembayaran berkenaan dengan pembekalan barang yang ditetapkan itu dibuat; atau
apabila tukang emas diluluskan menerima suatu invois cukai yang berhubungan dengan pembekalan itu.