Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian IV · Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor
19. Alasan bagi penolakan pendaftaran, dsb
Feedback & supportPendaftar hendaklah menolak sesuatu permohonan bagi pendaftaran atau pembaharuan atau pindaan pendaftaran di bawah seksyen 18 atas mana-mana alasan yang berikut:
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
[Akta 694] atau dengan suatu kesalahan yang berhubungan dengan rasuah di bawah mana-mana undang-undang di luar Malaysia;
pemohon merupakan salah seorang dalam suatu dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh
Suruhanjaya Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010
[Akta 712];
pemohon telah disabitkan dengan suatu kesalahan dan namanya telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran
Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];
pemohon, dalam hal seseorang individu, merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
pemohon, dalam hal suatu syarikat—
sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
telah terhadapnya pelaksanaan berkenaan dengan suatu hutang penghakiman dikembalikan tanpa dijelaskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
telah dilantik baginya seorang penerima, penerima dan pengurus, atau orang yang setaraf dengannya di dalam atau di luar Malaysia, atau berkenaan dengan mana-mana harta pemohon itu; dan
telah, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 34