Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian IV · Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor
20. Pendaftaran disifatkan terbatal
Feedback & supportPendaftaran hendaklah disifatkan telah dibatalkan—
(a)
dalam hal seseorang individu, jika orang berdaftar itu telah mati atau telah menjadi seorang bankrap yang belum dilepaskan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
dalam hal suatu syarikat, jika orang berdaftar itu—
(i)
telah digulung atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(ii)
telah dipotong namanya daripada daftar menurut Akta
Syarikat Labuan 1990 atau Akta Syarikat 2016, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(c)
dalam hal suatu koperasi, atas pembatalan pendaftaran koperasi tersebut menurut Akta Koperasi 1993.