Skip to content
In forceUpdated to 26 May 2026Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor

23. Kesan penggantungan dan pembatalan

Feedback & support
(1)

Orang yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 21 hendaklah terus—

(a)

tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama seolah-olah pendaftarannya tidak digantung atau dibatalkan; dan

(b)

menunaikan obligasinya, sehingga Ketua Setiausaha

Perbendaharaan atau Pendaftar berpuas hati bahawa orang yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah menunaikan obligasinya atau membuat perkiraan yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa penggantungan atau pembatalan pendaftarannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Perolehan Kerajaan 37

(2)

Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah seksyen 21

tidak berkuat kuasa untuk—

(a)

mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang yang pendaftarannya telah digantung atau dibatalkan dengan mana-mana orang; atau

(b)

menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.

Report

Bahagian V

Penjalanan Perolehan

Bahagian VI

Integriti dan Pelaporan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian IX

Aduan, Bantahan dan Kajian Semula

Bahagian X

Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Pendakwaan

Bahagian XII

Schedules