Akta Perolehan Kerajaan 2026 · Updated to 26 May 2026 · Bahagian IV · Pendaftaran Pembekal dan Kontraktor
27. Larangan mengenai pendaftaran dalam kod bidang yang sama
Feedback & supportMelainkan jika dengan kelulusan Pendaftar terlebih dahulu, tiada orang berdaftar boleh didaftarkan dalam kod bidang yang sama.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Bagi maksud seksyen ini—
“orang berdaftar” termasuklah—
mana-mana pekerjanya;
mana-mana pemunya benefisial orang berdaftar;
mana-mana orang berkepentingan yang orang berdaftar berkewajipan untuk menzahirkan di bawah subseksyen 37(2); atau
mana-mana orang atau kumpulan orang yang bertindak bersama-sama orang berdaftar bagi maksud pendaftaran di bawah Bahagian ini dalam kod bidang yang sama;
“kod bidang” ertinya kategori pembekalan barangan dan perkhidmatan atau apa-apa pengkhususan bagi kerja sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Perolehan Kerajaan 39